JellyPages.com

Thursday 28 February 2013

Ujian Pengesanan Perdagangan Tingkatan 5



Bab 1 dan Bab 2 sahaja yang terlibat .....

LATIHAN BAB 1

Bab 1 : Perbankan Dan Institusi Kewangan

1. Terangkan empat perkhidmatan yang disediakan Bank Simpanan 
Nasional kepada pelanggan. 
[8 markah]

2. Terangkan empat perkhidmatan pembiayaan yang disediakan Bank Perdagangan kepada pelanggan. [8 markah]

3. Terangkan empat perkhidmatan pembayaran yang disediakan Bank Perdagangan kepada pelanggan. [8 markah]

4. Terangkan empat perkhidmatan yang disediakan Bank Islam kepada pelanggan. [8 markah]

5. Jelaskan sebab-sebab cek laku. [5 markah]

Wednesday 27 February 2013

Ujian Pengesanan 10 Mac - 21 Mac 2013

Untuk pengetahuan pelajar2, Ujian Pengesanan untuk semua pelajar (Tingkatan 1-Tingkatan 5)
akan berlangsung pada 
11 Mac sehingga 21 Mac 2013
Jadual Ujian tersebut boleh disemak bermula pada minggu hadapan di kelas masing-masing. 

HARAP MAKLUM...

Manfaatkan cuti hari ini...


buat benda2 yang berfaedah....
jangan berpeleseran....
jangan tido lebih....
jangan makan banyak...


Cuti Peristiwa Khamis 28 Februari 2013 sempena PESKO peringkat sekolah

PESKO : Pesta Sukan & Ko-Kurikulum peringkat sekolah..
26hb & 27hb FEB 2013
Setelah 2 hari meredah hujan dan bersukan...
diumumkan : Khamis ni (28hb FEB 2013) 
KITA CUTI......
manfaatkan cuti sebaik mungkin, ya....

Monday 25 February 2013

CEK??

Ini cek ke pelajar-pelajar....? Hehehe...


PESTA SUKAN dan HARI KO-KURIKULUM

Hari ni hari yang sangat meriah....

Hari Pesta Sukan dan Hari Ko-Kurikulum peringkat Sekolah 2013

Memandangkan hujan turun mencurah-curah, lebat... tanpa henti,

acara padang terpaksa ditunda ke hari yang akan diumumkan kemudian...

Acara in-door shj yang dapat diteruskan hari ni termasuklah catur, ping-pong, dart dan lain-lain acara..

Tahniah kepada ahli-ahli pasukan rumah Biru dan Merah kerana memberi komitmen yang hebat.. 

nampaknya...

pasukan rumah Biru dan Merah bersaing sengit dalam semua acara... 

SYABAS dan TAHNIAH... teruskan...

Wednesday 20 February 2013

Majlis Penutup Minggu Bahasa Arab

Lupa nak post pasal minggu Bahasa Arab yang bermula 17hb Februari 2013 baru ni, tup-tup dah berakhir hari ini. Sepanjang minggu ni, selepas habis sesi P&P, aktiviti2 seperti syarahan B.Arab, Pantun, Arab, Nasyid, Pertandingan Karangan, Sketsa dan Pantomin Arab. Hari ini, majlis penutup berlangsung dan majlis penyampaian hadiah untuk pelajar-pelajar yang berjaya di dalam aktiviti yang dianjurkan. Terima kasih kepada semua pelajar kerana memberi kerjasama, komitmen yang bersungguh2 dan persembahan yang menarik. Jadikan semua ini pengalaman yang mahal dan bermakna......
SYUKRAN JAZILAN..

Tuesday 19 February 2013

Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris Peringkat Zon 2 MASSAK

Hari ini sekolah kita menjadi tuan rumah Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris Zon 2 MASSAK Sekolah-Sekolah Agama Yayasan Islam...

Selamat maju jaya kepada wakil sekolah kita iaitu Hishamuddin dan Nur Annisa' Mohamad..
ALL THE BEST & GOOD LUCK

Monday 18 February 2013

Senarai Beberapa Nama Bank di Malaysia



sekadar berkongsi beberapa nama bank untuk pengetahuan pelajar2 cikgu.. 

Senarai Nama Bank di Malaysia

Bank Pusat = Bank Induk MALAYSIA
1.     Bank Negara Malaysia (BNM)


Bank Perdagangan di Malaysia
1.     Affin Bank Berhad
2.     Alliance Bank Malaysia Berhad
3.     AmBank (M) Berhad
4.     BNP Paribas Malaysia Berhad
5.     Bangkok Bank Berhad
6.     Bank of America Malaysia Berhad
7.     Bank of China (Malaysia) Berhad
8.     CIMB Bank Berhad
9.     Citibank Berhad
10.  HSBC Bank Malaysia Berhad
11.  Hong Leong Bank Berhad
12.  Malayan Banking Berhad
13.  OCBC Bank (Malaysia) Berhad
14.  Public Bank Berhad
15.  RHB Bank Berhad
16.  Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
17.  United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.


Bank Islam di Malaysia
1.     Affin Islamic Bank Berhad
2.     Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
3.     Alliance Islamic Bank Berhad
4.     AmIslamic Bank Berhad
5.     Asian Finance Bank Berhad
6.     Bank Islam Malaysia Berhad
7.     Bank Muamalat Malaysia Berhad
8.     CIMB Islamic Bank Berhad
9.     EONCAP Islamic Bank Berhad
10.  Hong Leong Islamic Bank Berhad
11.  HSBC Amanah Malaysia Berhad
12.  Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
13.   Maybank Islamic Berhad
14.  OCBC Al-Amin Bank Berhad
15.  Public Islamic Bank Berhad
16.  RHB Islamic Bank Berhad
17.   Standard Chartered Saadiq Berhad


Bank Saudagar di Malaysia
1. Aliance Merchant Bank Berhad
2. Amanah-Chase Merchant Bank Bhd.
3. AmMerchant Bank Bhd.
4. D & C Nomura Merchant Bankers Bhd.
5. Malaysian International Merchant Bankers Bhd
6. RHB Sakura Merchant Bankers Berhad
7. Rakyat First Merchant Bankers Bhd


Bank Badan Berkanun
1.     Bank Simpanan Malaysia
2.     Bank Pembangunan dan Infrastruktur
3.     Bank Pertanian Malaysia


Bank Koperasi
1.     Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
2.     Bank Persatuan

Sunday 17 February 2013

Kelas Tambahan

Kelas Tambahan Perdagangan Tingkatan 5 Ibnu Khaldun
  DIBATALKAN :

Hari : Ahad
Tarikh : 17 Februari 2013
Sebab : Beberapa orang pelajar terlibat dengan Syarahan Bahasa Melayu MASSAK Zon 2

Sekian, terima kasih.

CEK



Hari ini kita akan belajar dengan lebih jelas lagi pasal CEK...

Monday 11 February 2013

Perdagangan Tingkatan 5 Bab 1 : Perbankan dan Institusi Kewangan Lain



Tingkatan 5 : Bab 1: Perbankan dan Institusi Kewangan Lain


Bab 1: PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL
  • Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) 
  • Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan 

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL

1. Beri faedah atas simpanan
2. Kenakan faedah atas pinjaman
3. Buat pelaburan
4. Utamakan keuntungan

SISTEM PERBANKAN ISLAM
  • Berlandaskan prinsip Islam 
  • Tiada amalan riba dan faedah 

PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN 
SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)

PERBEZAAN
SPK
SPI
Mengandungi unsur riba
Mengharamkan unsur riba
Tertakluk kepada peraturan BNM
Tertakluk kepada peraturan BNM dan hukum syarak
Bebas melabur dalam semua sektor termasuk perjudian
Melabur hanya di tempat halal / tidak meragukan
Penasihat terdiri daripada pakar perbankan konvensioanal sahaja
Penasihat terdiri daripada ulamak, ahli akademik dan pakar perbankan Islam


JENIS BANK
1. Bank pusat
2. Bank perdagangan dan Bank Islam
3. Bank Saudagar
4. Bank Badan Berkanun
5. Bank Koperasi


FUNGSI BANK NEGARA MALAYSIA

1. Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
  • wang kertas dan syiling
  • kawal kiriman wang ke luar Negara

2. Menjadi jurubank kepada kerajaan
  • sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
  • sebagai penasihat pelaburan kerajaan
  • jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan

3. Laksanakan dasar kewangan kerajaan
  • awasi tahap kredit
  • tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai

4. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
  • sumber pinjaman terakhir


FUNGSI BANK PERDAGANGAN

1. Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
2. Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
3. Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
4. Beri perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat


FUNGSI BANK SAUDAGAR

1. Terima simpanan dari syarikat besar
2. Beri pinjaman
3. Beri khidmat nasihat korporat
4. Urus pelaburan syarikat berhad
5. Tangung jamin terbitan syer


FUNGSI BANK BADAN BERKANUN
1. Bank Simpanan Nasional
  • Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
  • Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
  • Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
  • Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

2. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
  • Biaya aset tetap - tanah / bangunan
  • Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga
  • Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat
  • Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan
  • Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

3. Bank Pertanian Malaysia
  • Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
  • Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
  • Beri kemudahan sewa jentera
  • Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

FUNGSI BANK KOPERASI
1. Terima simpanan
2. Beri pinjaman
3. Tawar perkhidmatan perbankan Islam


BANK ISLAM
  • Bank Islam ditubuhkan berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah. 
  • Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad. 
  • Tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983. 
Ciri-ciri ;
  • Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan 
  • Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi 
  • Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan 

Ada tiga konsep:
  • Wadiah
  • Mudharabah
  • Musyarakah


PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

1. Menerima simpanan
 
    (a) Akaun Simpanan
  • amaun simpanan yang kecil
  • boleh keluar bila-bila masa
  • dapat faedah
  • dapat kemudahan kad teller automatik

    (b) Akaun Semasa

  • Sesuai dibuka oleh peniaga
  • Dapat guna cek
  • Tidak dapat faedah
  • Perkhidmatan dikenakan caj
  • Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit

    (c) Akaun Simpanan tetap

  • Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan
  • Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
  • Kadar faedah lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
  • Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar


2. Kemudahan Pembayaran
 
     (a) Pindahan kredit

  • Bayaran terus ke akaun penerima
  • Boleh bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
  • Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
  • Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku
  • Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun di bank

    (b) Arahan tetap

  • Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
  • Untuk bayaran tetap /berkala seperti sewa / insurans
  • Dapat bayar secara konsisten / tepat masa
  • Tidak perlu ingat tarikh bayaran
  • Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang

    (c) Pindahan elektronik/ telegraf / mel

      i. Pindahan elektronik

  • cara membayar paling pantas
  • wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun pemiutang di mana-mana bank secara on-line / guna kad ATM

     ii. Pindahan telegraf

  • Cara bayaran pantas ke luar Negara
  • Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar Negara
  • Pelanggan dikenakan komisen/caj

    iii. Pindahan mel

  • Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel

    (d) Draf Bank

  • Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan
  • Untuk bayar hutang/bil tertentu
  • Bayaran terjamin
  • Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi mesti didepositkan dalam akaun penerima

    (e) Cek Jurubank

  • Dikenali sebagai perintah juruwang
  • Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran tertentu kepada penerima dalam daerah yang sama
  • Kena bayar komisen
  • Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar
  • Cara bayaran yang meyakinkan penerima


3. Kemudahan Pembiayaan

    (a) Pinjaman

  • Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
  • Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan
  • Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik
  • Dikenakan faedah
  • Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran
  • Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak bercagar
  • Pinjaman bercagar – ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah
  • Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran hanya bergantung kepada kepercayaan bank dan pihak penjamin

    (b) Overdraf

  • Satu bentuk wang pendahuluan
  • Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa
  • Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya
  • Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar harian


FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF

     i. Tujuan pinjaman / overdraf

  • mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi

 
     ii. Kedudukan kewangan

  • baik/boleh dipercayai


     iii. Nilai cagaran

  • mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman


    iv. Dasar bank pusat

  • Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)


4. Perkhidmatan Lain

   (a) Kad Kredit

  • sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai
  • pemilik kad berhutang dengan pihak bank
  • dikenakan caj perkhidmatan
  • boleh juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan


    (b) Peti simpanan selamat

  • Untuk simpan barang berharga seperti barang kemas/geran tanah
  • Dikenakan caj


    (c) Perbankan elektronik (e-banking)

  • Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit
  • pantas/mudah/ jimatkan kos


    (d) Tukaran mata wang asing

  • contoh: Ringgit Malaysia tukar kepada Yen Jepun


    (e) Cek Kembara

  • dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara
  • tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecuria
  • dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun
  • boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing

   
     (f) Jaminan jurubank

  • Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan membayar segala hutang pelanggannya jika pelanggannya tidak siapkan projek / jelaskan hutang
  • Perlu beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan
  • Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan tidak dapat siapkan projek

 
    (g) Perbankan Islam

  • Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah
  • Beri kemudahan pembiayaan – Ijarah / Al Rahnu


CEK

Maksud Cek

  • Dokumen perintah bertulis
  • oleh penyimpan akaun semasa
  • kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
  • sejumlah wang tertentu
  • pada tarikh tertentu
  • kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.


Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek

  • Pesuruh bayar - bank yang mengeluarkan cek
  • Penyuruh bayar - orang / pihak yang menandatangani cek
  • Penerima - orang / pihak yang menerima bayaran
  • [orang / pihak yang namanya tercatat pada cek]


Jenis Cek
Terdapat dua jenis iaitu;

  • cek terbuka
  • cek berpalang


Cek Terbuka
Ada dua jenis iaitu ;

1. Cek Pembawa

  • ada perkataan “atau pembawa” yang tidak dipotong
  • cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau sesiapa sahaja nama penerima boleh diganti dengan perkataan “Tunai”
  • cek ini tidak selamat


2. Cek Perintah

  • perkataan “atau pembawa” telah dipotong
  • boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad pengenalan
  • boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
  • masih kurang selamat



Cek Berpalang

  • cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri
  • cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
  • mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
  • cek ini lebih selamat


Ada tiga jenis iaitu ;

1. Cek Berpalang Am


  • ada 3 jenis iaitu dalam palang;
  • tidak ditulis dengan sebarang perkataan
  • ada perkataan “& Co.”
  • ada perkataan “Tak Boleh Niaga”
  • tidak boleh dipindah milik


2. Cek Berpalang Khas

  • penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam palang
  • contoh  :
                    jika dalam palang ada tulis “Maybank”
                    penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana  
                    cawangan Maybank


                    jika dalam palang ada tulis “Maybank , Tapah”
                    penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.


Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang

CEK TERBUKA
CEK BERPALANG
1.  Tiada garisan selari pada muka cek         
1.  Ada dua garisan selari pada muka cek        
2.  Boleh ditunaikan dikaunter bank
2.  Mesti didepositkan dalam akaun
3.  Tidak selamat                             
3.  Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran          



Sebab Cek Berpalang dibuat  

-         Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
-         Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
-         Untuk menjadikan cek lebih selamat
-         Apabila penerima tidak mahu cek terbuka

Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran  

-         Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
-         Tidak perlu mengira wang tunai
-         Boleh dihantar melalui pos
-         Selamat  kerana tidak perlu membawa wang tunai
-         Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
-         Sebagai bukti pembayaran
-         Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
-         Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
-         Boleh batalkan pembayaran

Kekurangan  Cek sebagai alat pembayaran 

-         Cek bukan wang sah hanya boleh digunakan jika penerima mahu menerimanya
-         Lambatkan proses terima wang penerima cek terima wang bila cek telah ddijelaskan
-         Penerima cek perlu bayar komisen
-         Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda tangan boleh  
          ditiru
-         Penerima cek terima cek tak layan hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi

 

Lain-lain Jenis Cek

 Cek Bertarikh Hadapan
-         cek yang ditulis dengan tarikh akan datang                                       
-         contoh: cek dikeluarkan pada  7.1.2004  tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
-         penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
-         dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
-         sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku

 

Cek Mati

-         cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
-         biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam 
          tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
-         contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada  
         1.4.2004

 

Cek Dalaman

-         cek yang  dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan 
          penyuruh bayar
-         cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank

Cek Bertanda

-         penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
-         perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga  ………..” akan ditulis pada muka cek
-         contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002”  [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran 
          sehingga tarikh 3.3.2002]

Cek Kosong

-         cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam 
          perkataan dan angka
-         cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada     
          sidibayar
-         sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi  RM…….” akan ditulis pada cek

Cek Tak laku  

-         cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
-         sebab cek menjadi cek tak laku:
·          cek bertarikh hadapan
·          cek kotor/rosak/koyak
·          cek kosong
·          cek mati
·          jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
·          baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
·          penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
·          tiada tanda tangan penyuruh bayar
·          penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
·          tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan

 

Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit  

-         Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu sahaja.
-         Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
-         Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
-         Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
-         Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.

 

Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek  

-         Cek Kembara boleh ditunaikan dimana-mana bank di luar negeri
manakala Cek hanya boleh ditunai sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar negeri.
-         Cek Kembara diterima oleh pelbagai pihak selain bank
kerana terjamin pembayarannya
oleh itu boleh ditunai bila-bila masa
manakala Cek hanya di terima pihak bank sahaja
dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.
-         Cek Kembara mudah ditunaikan/serta merta
manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat
-         Cek Kembara laku sepanjang masa
manakala Cek mempunyai had tempoh lakunya/contoh 3 bulan


Sumber Kewangan Lain

Syarikat Kewangan  

-         tidak menyediakan akaun semasa
-         perkhidmatan yang disediakan;
·          Menerima simpanan
dalam bentuk akaun simpanan dan akaun simpanan tetap
·          Membiayai / memberi pinjaman peribadi , pinjaman perumahan dan pinjaman sewa beli
·          Menyewakan aset / menyediakan pajakan
dalam bentuk bangunan / ruangan pejabat
·          Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan
·          Pembiayaan pajakan , projek perumahan dan pelaburan individu
-       contoh: Public Finance , Maybank Finance

 

Syarikat Pajakan

-         Perjanjian antara syarikat pajak dengan pemajak bagi menyewa satu aset tertentu yang diperolehi 
          daripada penjual
-         pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan
-         sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset (mesin) itu adalah kepunyaaan syarikat pajakan.
-         contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis
-         contoh syarikat pajakan :  Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.
-         kebaikan:
·          dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal
·          boleh mendapatkan aset tanpa cagaran
·          merupakan satu sumber modal tambahan
·          mengurangkan pembayaran cukai



Syarikat Pemfaktoran

-         peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank  untuk 
          mendapatkan wang tunai dengan segera
-         jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois  setelah 
          ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2 peratus atas nilai aset akaun belum 
          terima / invois
-         contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.
-         kebaikan:
·          boleh mendapat wang tunai dengan segera
·          dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
·          mengatasi masalah aliran tunai
·          tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

-         milik bersama Bank Negara Malaysia dengan semua bank perdagangan
-         ditubuhkan  untuk bantu  peniaga kecil mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan
-         syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi bertindak memberi khidmat nasihat dan jaminan kepada 
          pinjaman yang telah diluluskan
-         peminjam boleh terdiri daripada individu, perkongsian, syarikat sdn.bhd., koperasi dan pertubuhan
-         Kebaikan:
·          bank perdagangan tidak perlu risau risiko hutang lapuk dari pinjaman
·          peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa cagaran yang banyak